Monday, 6 February 2012

SiAPa PeLEngKAp hIDUp KiTA???

Salam.... Owh... Masih mood cuti lg yea korang...

Jeles sungguh tgk member2  yang g holiday.... Saya sungguh cemburu!!!

Rasanya macam dah lama tak jalan...eceh...padahal baru jewk kan waktu

Chinese New Year aritu... huhu... naluri na travel ni sentiasa berkobar2...

gen sape la yang aku ikut ni... huh... takpe... kita lupakan jap pasal 

kecemburuan yg tak berbelah bagi tu...

Bila tgk member2 upload photo ngah hang out ngan member2 diorang,

CN rasa best sgt.. Can anyone describe da value of friendship ni???

na-ah... CN rasa takde siapa yg boleh letakkn harga pada ikatan ni...

Sahabat sama penting macam keluarga... CN bukan la orang yg ada

ramai kawan... tp dalam satu2 masa, CN akan rapat dengan sekumpulan

kecil orang... rapat yg teramat sgt sampai org cakap, kitorang boleh

jadi kembar... bagi yg x berapa kenal CN, orang mungkin cakap 

CN ni sombong... hahaha... saya TIDAK sombong ok... cuma CN 

tak tahu nak mulakan perbualan... end up, CN akan tayang

muka blur jewk la... hahaha... tu yg En Oppa selalu ckap la kan...

CREDIT TO CHERRYBAM.COM


this is one of lovely quotes... exactly right... dalam hidup ni kita memang

akan alami banyak perkara... kata hidup ni macam roda kan...

 banyak kali kita akan hilang keyakinan pd diri sendiri...

dan waktu tu memang ada segelintir sahabat2 yg lebih percayakan diri

kita berbanding kita sendiri... they all akan bagi macam2 kata semangatkan...

CN alami perkara ni banyak kali... dari sini CN tahu siapa sahabat yg sebenarnya...

ahh... rindunya dengan korang!!!


Ada orang pandai luahkan dengan kata2 betapa dia hargai sahabat2 dia...

tapi mungkin bukan CN... cuma tindakan dan tingkah laku kita

mungkin sudah cukup utk tunjukkan hati kita... =)

buat korang2 yg pernah wujud dalam hidup ni, 

terima kasih banyak2... mungkin banyak kali CN terlukakan hati korang...

tapi setiap kelukaan tu buat CN makin sayang kat korang...

ngeee... harap korang hidup dengan baik kat luar  sana yea....

CN kenalkan sedikit member2 baik... mungkin ada ramai 

yg CN tak dapat upload... jgn kecik ati yea... tp u all da best!!!!

KAK SEMAH, KAK YANA, CIK LALA

Okeh...yang bertiga ni sangat-sangat-sangat-sangat bernilai dalam hidup CN...

sbb waktu bersama diorang la waktu yg paling banyak kesedihan dan kesusahan...

tapi, sebab diorang bertiga ni, CN rasa CN boleh teruskan hidup...

diorang bertiga ni la adik-kakak-sahabat-kawan gaduh... hahahaha... CIK LALA

ni still available lg yea...hahaha (mati aku kene bunuh ni...)

CIK AMIN NGAN JOJO

hehehe... korek punya korek, ni la gambo korang yg paling hensem 

CN ada... haha... Cik Amin ni memang sgt2 unpredictable...

dia buat CN faham yg xde perkara yg mustahil dalam hidup ni...

dia adik dan abang kat ofis dulu... seyes... even dia gila-gila-gila-gila,

kita memang boleh harapkan budak kecik ni... yang duduk bajet cam bos

tu Jojo.. nama manje yg kitorang bg... hahaha... pak cik sorang ni mmg

penuh mission dan vision... knowledge dia mmg tip top la... bab2 tenet ni

mmg serah kat dia... gedik sikit tp mmg macam abg CN dan CL... hehehe

CIK NOHA DAN MAMA NORA.... =)

budak dua orang ni memang best... Cik Noha ni kawan since dip dulu...

dia macam cermin CN... kitorang ada banyak persamaan... tp perbezaan

antara kitorang tu macam lengkapkan kitorang berdua... Mama Nora

ni pun kwan since dip dulu... kecoh gila minah sorang ni... tp since dia

da jadi mama, dia baik da sikit... hehe.. dia sangat manja macam kucing wokeh...

WITH CIK MIRA...
SAJE JE AMIK PIC.  IN DA DARK NI...HEHE

 hehehe.... member CN sorang ni memang macam adik... nampak jewk

macam matured tp kalau kenal, mmg buat pening kepala jewk...

hahaha... tp hidup dgn dia mmg sangat2  seronok ok...

dia ni pun kipas-susah-mati artworks dr japan dan korea... 

mulut macam bertih jagung... hahaha... (dia da sampai KOREA... saya bila lagi :( )


CN na upload gambar member2 sekolah yg rapat, tp nak kene korek album dulu...

al-maklumlah... dulu mana ada henpon atau digital cam. kan...

nak kene scan dulu nih... tp CN ada Along, Wani ngan Sis Priya... yg 3 orang 

ni memang rapat... cuma time sekolah kan masa kita nak membesar... konflik

memang banyak... tp memang bnyak mengajar CN untuk jd lebih matang... =)



See... betapa hidup ni sangat penting untuk di lengkapi oleh sahabat kan...

tapi sorang sahabat ni memang paling terbaik yg pernah CN kenal...

almost 5 years kenal dia, CN banyak belajar untuk jadi seorang manusia...

dia memang kawan gaduh, kawan borak, kawan manje2, kawan nak lawan

cakap, dan hampir dengan dia semua benda CN rasa... 

thanks awak sebab sudi sabar dengan saya selama ni...=)  *blushing*

EN AD a.k.a EN. OPPA

# sila abaikan si kecik aina tu yea...hehehe



So... korang2... selagi ada member2 depan mata tu, wat baik lah 

ngan diorang... nanti dah terpisah jauh macam CN, baru tau

nak rindu segala... hehe... okey... selamat bercuti...

Papai~

aWAL pERKaHWinAN: aNTarA ReALiti dAN fAnTAsi......

Salam semua.... 

Tadi CN terclick satu blog ni... Alhamdulillah... rasa beruntung sebab 

di temukan dengan blog ilmiah macam ni... CN rasa blog ni sangat2 membantu

bakal2 isteri macam CN dan rakan semua untuk membina sebuah keluarga...

Dalam banyak2 artikel, CN amat tertatik dengan satu artikel ni...

" AWAL PERKAHWINAN: ANTARA REALITI DAN FANTASI"

jom kita baca apa yang tertulis dalamnya... ia satu kisah yang menarik..= )





Tempoh ini dikaitkan sebagai fasa untuk sesi kenal mengenal hati budi sebenar 

antara pasangan. Walaupun pasangan sudah saling berkenalan dalam tempoh yang 

lama sebelum berkahwin, tetapi itu belum menjamin yang mereka benar-benar 

sudah mengenali pasangan mereka. Apa lagi bagi yang kenal dalam tempoh yang

 singkat ataupun belum berkenalan langsungSetiap pasangan mempunyai impian 

tersendiri apabila mereka berkahwin kelak. Walaupun kadang-kadang impian

 itu telah dinyatakan sebelum ijab kabul dilafazkan, namun realiti selepas berkahwin 

kelak seringnya berubah. Tidak semua yang indah-indah seperti diimpikan

 sebelum berumah tangga bakal menjadi kenyataan. 



Inilah yang berlaku pada pasangan Mustafa dan Atiqah (bukan nama sebenar). 

Di zaman gadisnya, Atiqah sering berharap untuk menjadi seorang isteri yang 

taat dan sering mengukir senyuman buat suaminya. Dia yakin, dengan menjadi 

isteri yang solehah dan menggembirakan suami, dia sudah dapat menduduki 

salah satu tempat di syurga. "Tidak perlu susah-susah bagi seorang wanita 
mencari

 syurga Allah," begitulah yang kerap terlintas di hatinya


Sebenarnya Atiqah bukanlah seorang yang kuat imannya. Dia bersembahyang 

kerana keluarga, rakan-rakan dan rutin. Tetapi ketika menuntut di institusi 

pengajian tinggi dan berkat berkawan dengan teman-teman yang kuat pegangan 

agamanya, Atiqah jadi terikut-ikut dengan cara hidup mereka. Dia juga mula 

mendekatkan diri kepada agama. Dan antaranya dia banyak mendalami hal-hal 

yang berkaitan dengan perkahwinan. 

"Jika manusia boleh menyembah manusia selain-Nya, maka aku perintahkan 

isteri menyembah suaminya." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi, 

Ibnu Majah dan Ibnu Hibbin). Ternyata Atiqah begitu senang dan berpegang 

kuat pada hadis ini. 



Akhirnya Atiqah bertemu jodoh dengan Mustafa yang juga kuat dengan 

pegangan agamanya. Seperti Atiqah, Mustafa juga mengenali Islam ketika 

berada di kampus. Dia juga berhasrat untuk membina rumah tangga yang 
bahagia. 

Pilihannya, pasti seorang wanita solehah yang menyejukkan hati dan mata. 


Jejak Rasulullah 

Mustafa pernah membayangkan, alangkah bahagianya menjadi seorang suami 

yang kuat peribadinya dan mampu membimbing orang lain, terutama isteri dan 

anak-anak. Dia teringat pesan Rasulullah, "Hanya lelaki yang mulia saja akan
 
memuliakan wanita." Lalu dia bercita-cita mengikut jejak Rasulullah yang 

begitu sayang dan lemah-lembut pada isteri. Tidak merasa rendah diri apabila 

membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. 



Perkahwinan Mustafa dan Atiqah terus berlalu, hari demi hari, minggu demi 

minggu dan bulan demi bulan. Biarpun berusaha menghidupkan rumah tangga 

Muslim, namun kenyataan terpaksa juga dilalui. Perbezaan keperibadian, 

perasaan, pembawaan, selera, kegemaran, cara hidup yang terbina daripada
 
latar belakang keluarga dan pendidikan yang berbeza, ternyata tidak mudah 

disatukan. 



Jika sebelum berkahwin semua itu dikatakan mudah diselesaikan melalui 

pemahaman agama, ternyata lambat laun ada juga perselisihan. Perselisihan 

memang tidak dapat dielakkan dalam rumah tangga. Apa lagi, jika pasangan 

suami isteri tidak menyedari bahawa syaitan sentiasa berusaha untuk 

menjahanamkan anak Adam. 


Begitulah halnya dengan perkahwinan Mustafa dan Atiqah. Segala yang 

dibayangkan tidak seindah realiti. Mustafa mula mengeluh. Ternyata isterinya
 
tidak seperti yang diimpikan. Begitu juga Atiqah, mula mengeluh terhadap 

Mustafa yang dianggap terlalu dimanjakan oleh orang tuanya dahulu. 

Apa lagi, Mustafa terlalu berhati-hati dalam soal kewangan.


Atiqah mula berasa kesal kerana tidak mahu bekerja dahulu sebaik tamat 

kuliah. Niatnya waktu itu ialah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada 

suami dan rumah tangga dan mencapai impian menjadi wanita solehah. 

Atiqah berasa dirinya tidak dihargai. 



Sikap semula jadi Mustafa yang dingin dan tidak banyak cakap,

 mula dirasakan sesuatu yang menyakitkan. Manakan tidak, sepanjang hari

 suaminya sibuk bekerja, waktu malam banyak menghabiskan masa dengan

 jemaah di masjid.  Begitu juga hari minggu, jarang berada di rumah kerana 

sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan. 



Sebaliknya Mustafa pula merasakan, Atiqah tidak ikhlas dan meragui 
kejujurannya

 sebagai seorang suami. Bagi Mustafa, Atiqah tidak sepatutnya meragui 

kejujurannya kerana dia sentiasa jujur dan apa yang dilakukannya adalah 

bagi mendapat keredaan Allah. Baginya dia tidak perlu menyatakan yang dirinya 

seorang yang jujur dan penyayang. Dia mengharapkan pengertian Atiqah sepenuhnya. 



Tidak dinafikan, terdapat sesetengah wanita yang sibuk dengan urusan kerja 

sehingga gagal untuk mengimbangi peranannya di rumah. Hal ini menyebabkan
 
suami mengeluh kerana dibebani dengan tugas-tugas rumah tangga. Dan tidak 

kurang juga, terdapat wanita yang apabila berkumpul bersama teman-teman 

sekerja, gemar menceritakan keburukan suaminya. Kerana terlalu banyak 

menceritakan kekurangan suaminya sehingga terlupa untuk melihat kebaikan dan
 
kelebihan suaminya. 


Melindungi sikap 

Ada juga sesetengah pasangan yang jika sebelum berkahwin, mereka sanggup 

melindungi sikap mereka yang sebenar dengan alasan untuk mengambil hati 

pasangan mereka. Tetapi setelah berkahwin, mereka gagal untuk berselindung 

lagi. Maklumlah, sampai bila seseorang itu sanggup 'berlakon?' 


Ada suami yang sikap semula jadinya agak dingin, tidak pandai memuji dan
 
bergurau senda dengan isteri. Apabila melihat kebaikan pada isterinya, 

mereka akan mendiamkan diri. Sebaliknya apabila melihat kelemahan, segera 

diungkit. Malah boleh dikatakan ramai lelaki yang begitu berat untuk 

menuturkan kata-kata maaf pada isterinya sedangkan sebelum berkahwin tidak 

pula begitu keadaannya. 



Memang banyak dugaan pada pasangan suami isteri dalam berumah tangga. 

Dan sudah menjadi sunnah kehidupan, bahawa akan berlaku pergeseran

 kecil dan perbezaan, sepanjang menjadi suami isteri. Itulah yang dinamakan 

asam garam kehidupan. 



Dalam situasi begini, Mustafa dan Atiqah mempunyai kelebihan dalam
 
menghadapi dugaan berumah tangga kerana mereka berbekalkan 

pemahaman agama dan sentiasa bergantung kepada keredaan Allah. 

Kelebihan ini mungkin tidak ada pada semua pasangan. 



Ada kalanya, kita memerlukan bantuan pihak ketiga dalam menyelesaikan 

masalah rumah tangga, kerana 'cermin mata' yang kita pakai sudah begitu
 
kelabu sehingga gagal melihat semua kebaikan pasangan. Mungkin pihak ketiga
 
boleh membantu mencuci atau memperbaharui kaca mata kita 

supaya pandangan kita kembali jelas. 



Pasangan yang bijak dan tinggi pemahaman agamanya, akan mampu 

untuk istiqamah dalam menjaga perkahwinan mereka dan lebih mampu 

menghadapi badai yang melanda. Adalah penting, sebelum berkahwin

 kedua-dua pasangan berjanji akan melengkapi antara satu sama lain,

 kerana manusia bukanlah makhluk sempurna. Manusia tidak mungkin 

dapat menjadi isteri atau suami yang sempurna seperti bidadari atau malaikat. 




Kita harus bersedia menerima pasangan hidup seadanya, termasuk segala
 
kekurangannya, selama ianya tidak melanggar syariat. Kita memang berasal 

daripada latar belakang keluarga, kebiasaan dan watak yang berbeza, yang 

membantu watak dan persepsi hidup tersendiri. Apabila kita menerima keadaan 

ini, Insya Allah kita akan mampu menghindari daripada menikah dalam ilusi 

kita pada hari diijabkabulkan. Tetapi sebaliknya kita sudah menikah dengan
 
realiti kita. 



TIPS 

* Jangan samakan pasangan anda seperti diri anda. 

* Jangan cuba mengubah pasangan anda menjadi seperti anda. 

* Apabila anda marahkan si dia, cuba cari tiga kebaikannya. 

* Jangan luahkan rasa marah ketika kemarahan anda sedang memuncak. 

* Jangan berasa yang diri anda sentiasa betul. 

* Jangan suka memendam perasaan, luahkan! 

* Sentiasa berfikiran positif. 

* Ingatlah anda kini sudah berada di alam nyata (berkahwin) bukanlah

 lagi fantasi (sebelum berkahwin). 

* Sebelum berkahwin anda boleh menutup mata terhadap kekurangannya, 

kenapa tidak selepas berkahwin?





Korang dah habis baca kan... CN paling suka part penutup...

betul... waktu sekarang (sebelum ijab kabul) kita menerima

setiap kekurangan dan kelebihan pasangan kita...

tapi mampu tak kita nak berfikir cara sama selepas tu???

Bagi CN, kita memang tak tahu realiti sebenar sebab kita belum

tiba fasa tu lagi... ramai orang cakap

" ala... sekarang memang la boleh cakap. Korang tunggu la lepas

kahwin... tau la macam mana nanti... "

Adoyai... buat patah semangat je kan... hehehe... InsyaAllah...

Doa kan yang terbaik buat kita semua ok... setiap orang

akan ada " bahagian" masing2 kan... tu memang tak boleh nak di nafikan...

tapi sebagai hambaNya, doa dan tawakal sangat penting...

CN harap sedikit ilmu ni dapat kita kongsi sama2 k...

Enjoy your holiday.. Bawak kereta hati2 yea... hujan ni...

Eceh ko CN... hehehe... papai~



P/S: KALAU KORANG ADA PANDANGAN, SILA TINGGALKAN KOMEN YEA...=)